Tuesday, 29 April 2014

Kemajuan Teknologi Umat Islam Di Nusantara


Foto - Tentera Kesultanan Islam Acheh yang menentang Belanda. Dapat di lihat bahawa tentera Islam di Asia Tenggara mempunyai senjata moden di era itu.

Apabila kita sebut sahaja Kesultanan Islam di Asia Tenggara perkara pertama yang akan bermain di fikiran kita adalah negara - negara Islam yang mundur pada abad ke 15 hingga abad ke 19 di mana angkatan tentera mereka hanyaberperang dengan tombak, keris, parang, busur dan panah. Inilah yang tercatat di dalam buku - buku teks sejarah di negara - negara Islam di Asia Tenggara dan juga yang di gambarkan oleh filem - filem dari Barat mahupun dari Asia Tenggara sendiri. Tetapi apabila kajian demi kajian di buat fakta - fakta menarik yang hilang atau di sembunyikan dengan sengaja telah muncul bagi membuktikan bahawa umat Islam di Asia Tenggara tidaklah selemah yang di gambarkan.



Foto -Tentera Islam Acheh yang membawa senjata moden ketika itu. Jihad tidak mengenal usia.


Foto - Meriam Lada Sicupak yang di bina oleh Kesultanan Islam Acheh.






Foto - Istinggar atau "match-locks" adalah senjata utama oleh angkatan tentera Eropah pada abad ke 15 dan juga di gunakan oleh angkatan tentera Islam Melaka ketika menentang Portugis.

Tidak dapat berpisah jatuhnya Kesultanan Islam Melaka apabila kita bercakap berkenaan Kesultanan Islam di Asia Tenggara tetapi apa yang menariknya kita hanya tahu kebenaran akan kemajuan umat Islam di Asia Tenggara kerana catatan - catatan oleh para penjajah dari Eropah ini. Di antara catatan - catatan yang menarik untuk di baca ialah catatan yang di tulis oleh seorang sejahrawan Potugis bernama João de Barros di dalam bukunya "Décadas da Ásia" (Sedekat di Asia). Catatanya berkenaan tertawannya Kesultanan Islam Melaka seperti berikut

"Kami menawan 3000 laras meriam daripada 8000 yang di miliki oleh Melaka, kata saksi Ruy de 'Arajo. Kebanyakan meriam yang di rampas mempunyai saiz yang besar dan sebuah meriam yang sangat cantik hasil kerjanya di mana ia telah di hadiahkan oleh Raja Calicut (Kerajaan Hindu di India)" :- Buku no IV, Bab 2.

Selain itu, daripada keterangan Antonio d'Abreu iaitu anak kepada ketua angkatan tentera Portugis Afonso de Albuquerque, kita dapat tahu bahawa angkatan tentera Islam Melaka juga mempunyai senjata "Match-Locks iaitu sejenis senapang yang termaju di zaman itu. Antonia d'Abreu juga menambah bahawa hasil kerja tangan di dalam pembuatan meriam oleh umat Islam di Asia Tenggara adalah sangat tinggi sehinggakan dia menyatakan pembuat meriam di Portugal pun tidak mampu menandingi kualiti pembuatan meriam umat Islam di Asia Tenggara.

Di antara teknologi senjata yang paling terkenal ciptaan umat Islam di Asia Tenggara adalah sejenis meriam mudah alih yang pertama di dunia iaitu "Lela Rentaka". Setelah menawan Malaka, Portugis medapati bahawa meriam ini adalah sangat efektif di dalam berhadapan dengan serangan musuh dan oleh sebab itu mereka telah meletakkan Lela Rentaka di atas dek - dek kapal mereka untuk menembak ke arah tentera musuh apabila kapal musuh mendekati kapal mereka. Malahan senjata ini sungguh efektif ia telah di guna pakai secara meluas di Eropah dan Amerika terutama oleh lanun - lanun. Jika kita pernah melihat filem "Pirate of Caribbean" pasti kita perasan terdapat meriam kecil yang digunakan ketika bertempur. Lela Rentaka di kenali sebagai "Swivel guns" di Eropah dan Amerika.




Foto - Lela Rentaka. Senjata yang sangat di kenali di seluruh dunia dari abad ke 16 hingga ke abad ke 19.





Selain Melaka, Kesultanan Islam di Asia Tenggara yang terkenal dengan kemajuan teknologi persenjataan adalah Kesultanan Islam Pattani di Thailand kini dan juga Kesultanan Islam Acheh di Indonesia kini. Umat Islam di Asia Tenggara mempelajari membuat meriam dan senjata - senjata moden ini daripada China dan juga Empayar Uthmaniyah. Terdapat catatan di mana meriam buatan Kesultanan Islam Pattani di bina oleh seorang Muslim berbangsa Cina yang membina meriam yang di antara tersebar dalam sejarah dan ada juga catatan Empayar Uthmaniyah telah menghantar pakar pembuat senjata ke Kesultanan Islam Acheh bagi membantu mereka membuat meriam dalam mempertahankan diri dari serangan Belanda.





Foto -Seri Pattani adalah di antara meriam terbesar yang pernah di bina di dalam sejarah. Ia di bina di Kesultanan Islam Pattani pada tahun1571 dan terdapat cacatan ia dibina oleh seorang lelaki Islam berbangsa Cina. Seri Pattani mempunyai kembar bernama Seri Nagari tetapi ia jatuh di dalam laut selepas di tawan oleh tentera Siam. Kini Seri Pattani berada di Kementerian Pertahanan Thailand di Bangkok




Foto - Meriam Singgora yang di bina oleh Kesultanan Islam Singgora (Selatan Thailand) pada tahun 1623. Kini di pamerkan di Londan, England.

Salam Ta'aruf

Salam Perkenalan

Blog ini adalah compilation maklumat sejarah ummah yang diambil dari pelbagi sumber. Bertujuan untuk membantu menyebar luaskan perkongsian kepada semua. Mudah-mudahan Allah swt menganjari kepada semua yang terlibat, khususnya kepada insan pertama  yang mencetuskan perkongsian.
                                                                        - Admin-