Monday, 2 June 2014

Hari Ini Dalam Sejarah 24 Mei 1915 - Tok Janggut

Hari Ini Dalam Sejarah | 24 Mei 1915 | Ulama’ Tanah Melayu bukan pahlawan kampungan.


Pada 24 Mei 1915, Hj. Mohd Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai TOKJANGGUT bersama hampir 1000 pengikutnya telah menyerang British di Pasir Puteh, Kelantan. Dalam serangan tersebut, Tok Janggut sendiri telah terkorban syahid bersama beberapa pengikutnya. Begitulah cerita ringkasnya.
Sepertimana kebanyakkan sejarah Melayu yang lain, kekurangan catatan yang jelas menyebabkan timbulnya berbagai versi penceritaan. Daripada yang berbentuk fakta sehinggalah kepada mitos dan lagenda. Daripada Tok Janggut sebagai ulama’ kepada pahlawan yang kebal ataupun ketua penjahat (Ring leader). Ada juga yang mempertikaikan samada Tok Janggut benar-benar terkorban dalam serangan tersebut atau apakah beberapa gambar yang dikatakan Tok Janggut itu benar-benar gambar beliau. Dalam episod Tok Janggut sumber rujukan yang biasa diambil adalah cerita rakyat, catatan istana serta sumber beberapa pegawai British yang terlibat dalam kejadian. Tetapi perkara utama yang menjadi perbezaan pendapat dikalangan pengkaji sejarah Tok Janggut ialah apakah sebab yang membawa kepada kebangkitan beliau dan pengikutnya menentang British.
2 penyebab yang selalu dinyatakan sebagai faktor utama penentangan Tok Janggut adalah berkaitan cukai tanah dan tanaman serta sentimen anti-British. Terdapat juga pengkaji yang memasukkan unsur penentangan kepada Sultan kerana sikap Sultan dan kerabatnya yang menindas rakyat dan terlalu menurut penasihat British. Namun pendangan ini tidak mendapat tempat dalam versi rasmi sejarah Tok Janggut.
Sejarah Tok Janggut juga biasanya hanya dilihat sebagai isu setempat. Kerana penyebabnya juga adalah isu setempat. Tidak keluar dari linkungan Pasir Putih atau Kelantan, apalagi nak dikaitkan dengan sebarang isu dunia . Namun satu faktor yang jarang disebut dan tidak diterima sebagai sejarah rasmi Tok Janggut ialah melihatnya sebagai satu rentetan dari cetusan kebangkitan Islam sedunia terhadap golongan penjajah yang mulai menakluki negara umat Islam sejak tercetusnya Perang Dunia Pertama pada 1914. Faktor ini walaupun disebut dalam beberapa kajian tetapi akhirnya dinafikan sebagai tiada kena mengena.
Namun fakta bahawa ia disebut cukup untuk membuktikan faktor ini wujud walau dinafikan. Cheah Boon Kheng, professor sejarah di USM dalam bukunya “To’ Janggut/Old Long Beard” banyak memperbandingkan perbagai sumber penceritaan Tok Janggut. Namun bagi beliau faktor kebangkitan Tok Janggut sebagai satu `jihad’ yang ada kaitan dengan penglibatan Turki dalam Perang Dunia Pertama hanyalah bersifat `circumstantial evidence’ (kesimpulan berdasarkan keadaan semasa) tanpa bukti yang lebih dari itu (1). Walaupun tidak membuat kesimpulan yang jelas, beliau lebih banyak memetik faktor kebangkitan Tok Janggut samada kerana isu cukai yang dikenakan ataupun sikap membenci British. Beliau gagal memahami bahawa kebangkitan menentang kezaliman samada dalam bentuk cukai atau apa saja serta penentangan terhadap penjajahan keatas negara umat Islam juga adalah satu bentu jihad didalam Islam.
`Circumstantial evidence’ boleh juga diguna sebagai hujah di mahkamah dan tidak boleh ditolak begitu sahaja. Tentu sekali kita tidak akan menjumpai satu deklarasi bertulis yang ditandatangani oleh Tok Janggut mengatakan kebangkitan beliau adalah menyahut fatwa jihad yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniah.
Kita juga memahami bahawa secara kebiasaannya sesuatu peristiwa besar tidak terjadi kerana satu sebab sahaja namun mempunyai banyak faktor dan rentetan peristiwa yang membawa kepadanya. Bermulanya Perang Dunia Pertama bukanlah semata-mata disebabkan oleh pembunuhan Archduke Austria di Sarajevo walaupun peristiwa itu membawa kepada deklarasi perang oleh Austria-Hungary terhadap Serbia pada 28 Julai 1914. Negara-negara yang menyertai perang selepas itu mempunyai pelbagai sebab mereka yang tersendiri dan dendam kesumat yang telah disimpan sekian lama.
Oleh itu tidak hairanlah isu cukai tanah hanyalah sebab terakhir (the last straw) yang mencetuskan penentangan bersenjata oleh Tok Janggut dan penduduk Pasir Putih terhadap penjajah British. British sememangnya telah sekian lama dibenci kerana sikapnya yang angkuh, merampas tanah, membonekakan Sultan, mengambil-alih pemerintahan negeri dan ditambah pula dengan sampainya berita penjajahan British dan Eropah keatas negara Islam yang lain, perang mereka terhadap satu-satu khilafah Islam Uthmaniah di Turki serta peranan British memberikan Palestin kepada Zionis Yahudi.
Untuk memahami senario semasa yang boleh membawa kepada kebangkitan Tok Janggut kita boleh melihat sejauh penglibatan Kerajaan Utmaniayah dalam Perang Dunia Pertama. Penglibatan Turki adalah antaranya kejayaan muslihat Jerman memujuk golongan Turki Muda (Young Turks) untuk menandatangani perjanjian rahsia menyokong Jerman pada 2 Ogos 1914. Golongan Turki Muda telah mula merampas kuasa pentadbiran dari Sultan Abdul Hameed seawal tahun 1909. Penglibatan aktif Turki yang pertama adalah serangan laut keatas pelabuhan Rusia di Laut Hitam pada 28 Oktober 1914. Ini diikuti oleh pengisytiharan perang keatas Turki oleh Rusia pada 2 November dan oleh British dan Perancis pada 5 November 1914. Walaupun Khilafah Utmaniayah berada dalam keadaan yang lemah dan pentadbiran telah banyak dikuasai oleh golongan Turki Muda yang sekular, perang keatas Turki dilihat oleh umat Islam sebagai perang keatas satu-satunya khilafah Islam yang tinggal.
Pada 11 November 1914, Kerajaan Uthmaniyah mengeluarkan fatwa yang ditandatangani oleh Syeikhul Islam Khaiyri Effendi yang menyeru semua umat Islam yang ditindas oleh penjajah barat bangkit bersama Kerajaan Turki. Fatwa ini lebih dikenali sebagai fatwa `Jihadul Akbar Farhu Ain’. Perkembangan ini mendapat perhatian umat Islam di Tanah Melayu terutama terutama dari kalangan Kaum Muda. Orang Melayu melihatnya sebagai Perang Salib Baru yang dilancarkan keatas Islam. Beberapa akhbar semasa terutama akhbar Neracha bukan sahaja memberi liputan perkembangan perang bahkan melancarkan tabung untuk membeli senjata kepada Turki (2).
Faktor sokongan orang Melayu kepada kerajaan Turki juga jelas membimbangkan British. Kalu tidak masakan tidak sampai seminggu dari fatwa jihad dikeluarkan di Turki, akhbar New York Times pada 15 November 1914 melaporkan Sultan Kelantan terpaksa memberi jaminan kepada British bahawa rakyat Kelantan akan tetap taat kepada British dan tidak akan menimbulkan kekacauan walaupun British berperang dengan Turki (3).
Peristiwa Dahagi di Singapura (Singapore Mutiny) pada 15 February 1915 juga menunjukkan Tanah Melayu mengikuti perkembangan kerajaan Turki dalam Perang Dunia Pertama. Dalam peristiwa ini 100 tentera Melayu dan 850 tentera India Muslim dibawah arahan British telah memberontak apabila menerima berita bahawa mereka akan dihantar untuk berperang melawan Turki bagi pihak British. Akibatnya seramai 47 orang telah dijatuhkan hukuman tembak sampai mati disaksikan lebih 15 ribu orang awam pada 25 Mac 1915. Peristiwa ini tentunya menambah kebencian orang Melayu kepada British.
British telah mengambil-alih pemerintahan Kelantan yang sebelumnya berada dibawah naungan Kerajaan Siam sejak 1909 melalui perjanjian Anglo-Siamese. Dalam peristiwa Tok Janggut, `adegan terakhir’ (the last straw) bermula apabila British memperkenalkan cukai tanah menggantikan cukai tanaman sebelum itu. Cukai tanaman yang dikenakan telahpun membebankan rakyat dan cukai tanah yang baru menamatkan kesabaran mereka. Tok Janggut dan pengikutnya membuat keputusan untuk tidak lagi membayar cukai, membuat menentangan terbuka dan merancang untuk mengambil-alih pentadbiran jajahan Pasir Putih.
Mengesan peranan Tok Janggut mengajak penduduk tempatan memerangi British, satu waran tangkap terhadap Tok Janggut telah dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Abdul Latif dari Singapura. Ketua Balai Polis Pasir Putih, Sarjan Che Wan Sulaiman telah diarahkan menangkap Tok Janggut. Namun percubaan untuk menangkap beliau pada 29 April 1915 berakhir dengan pertelingkahan yang menyebabkan Sarjan Che Wan ditikam mati. Bermulalah perang Tok Janggut dengan British.
Untuk tempoh yang pendek Tok Janggut berjaya menawan Pasir Putih dan menubuhkan kerajaan sendiri. Ini juga telah menimbulkan kemarahan Sultan Kelantan yang menganggapnya sebagai penderhaka. Pegawai Daerah lantikan British Abdul Latif pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. British terpaksa menghantar bantuan tentera dari Singapura untuk menghadapi pemberontakan Tok Janggut. Pada malam 23 Mei 1915, Tok Janggut mengambil keputusan untuk menyerang British daripada menunggu untuk diserang. Tok Janggut menyerang tentera Sikh yang dibawa oleh British dari Singapura sekitar jam 3 pagi, 24 Mei 1915. Dalam pertempuran inilah Tok Janggut bersama 6 lagi pengikutnya gugur syahid. Mayat beliau kemudiannya dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kepala ke bawah di Padang Bank sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.
Sho Kuwajima, Emeritus Professor di Universiti Kajian Luar Osaka dalam kajiannya terhadap peristiwa Dahagi di Singapura menyimpulkan :
“ ….. melainkan penduduk Kelantan dan anggota Fifth Light Infantry (unit tentera India Muslim yang melancarkan pemberontakan di Singapura) mempunyai persamaan persepsi mereka terhadap perang di Eropah, pemberontakkan di Singapura tidak mungkin akan menggalakkan penduduk Kelantan bangun menentang British sebegitu rupa. Pandangan mereka yang kritikal terhadap perang di Eropah lah yang memaksa mereka (tentera India Muslim) mengorbankan nyawa tanpa kerelaan – pandangan inilah yang dikongsi bersama di Singapura dan Malaya bahkan diseluruh dunia (Islam). Dalam konteks ini kebangkitan rakyat Kelantan pada 1915 `bukan sekadar ribut di dalam cawan, bahkan di pentas dunia’ ( was not a storm in a tea cup, but in the world cup ) (4).
Perjuangan ulama’ Melayu silam seperti Tok Janggut di Kelantan, Tok Ku Paloh dan Hj. Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Mat Kilau dan Dato’ Bahaman di Pahang bukanlah bersifat tempatan semata-mata. Mereka juga bukan pahlawan kampungan. Mereka sendiri telah meletakkan perjuangan mereka merentasi tempurung bangsa Melayu dan sempadan kedaerahan, bahkan meletakkan bai’ah mereka kepada khilafah dan ummah. Malang sekali kalau kita hari ini kembali kepada tempurung kebangsaan yang telah lama ditinggalkan oleh ulama’ pejuang Melayu yang silam. Wallahu’alam.
Ar. Hj. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf
untuk J/Kuasa Pembelaan Ummah
Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor
Gambar Hiasan - Pengisytiharan Fatwa Jihad oleh Kerajaan Uthmaniyah Turki
(1) Cheah Boon Kheng ,“To’ Janggut/Old Long Beard” : 2006
(2) Farid Mat Zain, Daulah Uthmaniayah dan Alam Melayu : 2009
(3) http://query.nytimes.com/gst/abstract.html?res=980DE2D8153FE233A25756C1A9679D946596D6CF
(4) Sho Kiwajima, Indian Mutiny In Singapore, 1915 : People who observe the scene and people who heard the news – New Zealand Journal of Asian Studies, June 2009. [Ph]

Wednesday, 7 May 2014

Siapa Khairuddin Barbarossa




Mungkin ramai yang kenal Hector watak lanun sijangut merah di dalam filem Pirates of the Caribbean. Orang Turki memanggilnya Barbaros Hayrettin Paşa.
Nama sebenarnya adalah Hizir Bin Yakob kemudian digelar Khairuddin Barbossa. Khairuddin adalah anugerah dari Khilafah Othmaniah manakala Barbossa(Sijangut merah) adalah 'anugerah' dari musuhnya di Eropah.

Sedang Yakob ayah beliau itu adalah panglima kepercayaan Sultan Muhamad Al-Fatih, di mana pemimpin dan tenteranya pernah di puji oleh Nabi saw.

”Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”.(Riwayatnya akan saya nyatakan di bawah)

Jadi Hizir adalah insan yang dilahirkan dan  dididik oleh panglima dari sebaik-baik tentera.

Hayreddin Barbarossa, atau Barbarossa Hayreddin Pasha (TurkishBarbaros Hayreddin (Hayrettin) Paşa atau Hızır Hayreddin (Hayrettin) Paşa; atau Hızır Reis .Lahir  1478 – meninggal  4 July 1546.

Ketika Kota Melaka ditawan oleh Pertugis 1511, Khairuddin Barbarossa berserta dengan abang-abangnya sedang bergelumang dengan Jihad di lautan Mediternian .
Encyclopaedia Britannica memperkenalkan beliau sebagai lanun yang jahat mengapa?. Mari duduk sebentar kita kenali mujahid ini.

Kejatuhan Umat Islam di Sepanyol ,mereka dibunuh ,dihalau dan dipaksa meninggalkan agama Islam. Tanah dan kepulauan serta misi dagang umat Islam sering diserang oleh kuasa-kuasa eropah ketika itu.
Peperangan dan pertembungan armada Islam dan eropah bukanlah suatu yang mudah untuk dielakkan.

Paderi Pope Paul III Berjaya membentuk angkatan Tentera Salib yang terdiri dari Kerajaan Itali,Sepanyol,German,Republik Venice,Malta dan lain-lain. Tentera yang besar ini akhirnya bertembung dengan tentera Laut Islam yang dipimpin Hizir(Khairuddin Barbarossa). Maka tercetuslah Perang Prevesa pada tahun 1538.
Sepanyol sahaja menghantar 300 buah kapal perang berserta 20,000 orang tentera. Manakala di pihak Islam,Hizir memimpin 200 buah kapal perang yang kemudiannya di bantu lagi dengan 100buah kapal dari Istanbul berserta 20,000 orang tentera.

Peperangan ini berakhir dengan kemenangan di pihak Islam. Mereka Berjaya memusnahkan lebih separuh kapal perang musuh dan menawan 30 kapal yang lain. Kejayaan ini membolehkan armada tentera laut Islam berkuasa di laut Mediterranean untuk tempoh lebih 30 tahun.

Pusat Ortodoks adalah di Constantine Eropah Timur, manakala Katolik di Vartikan, Rom di Eropah Barat.

Sewaktu menggali parit sebagai persediaan Perang Khandak, terdapat batu besar yang hanya mampu dipecahkan oleh Nabi saw. Pecahan itu mengeluarkan cahaya yang diantara Nabi saw melihat pembukaan Kostantinopel , Rasulullah saw bersabda kepada para sabahat baginda dalam satu Hadith yang cukup mahsyur,

“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.”
[H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]

Ada lagi hadith yang lain pula,

Dari Abu Qubail berkata: Ketika kita sedang bersama Abdullah bin Amr bin al-Ash, dia ditanya: Kota manakah yang akan dibuka terlebih dahulu; Konstantinopel atau Rumiyah?
Abdullah meminta kotak dengan lingkaran-lingkaran miliknya. Kemudian dia mengeluarkan kitab. Abdullah berkata: Ketika kita sedang menulis di sekitar Rasulullah saw, beliau ditanya: Dua kota ini manakah yang dibuka lebih dulu: Konstantinopel atau Rumiyah/Roma?
Rasul menjawab, “Kota Heraklius dibuka lebih dahulu.” Yaitu: Konstantinopel.
(HR. Ahmad, ad-Darimi, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Kostantinopel telah dibuka oleh Sultan Muhammad Al- Fateh pada 1453.

Tahukah kita Khairuddin Barbarossa hampir membuka Vartican City ? Saya sorotkan kisahnya di bawah:

Sultan Sulaiman telah mengarahkan Hizir untuk membantu tentera Perancis menyerang Marseiles. Ketika ini Othmaniah dan Perancis mempunyai hubungan diplomatic dan ketenteraan. Dengan kekuatan lebih 200buah kapal berserta 14,000 tentera, Hizir segera mengemudikan armada lautnya menuju ke bahagian barat laut Mediterranean. Mereka kemudian bersatu dengan satu lagi angkatan laut Turki dan membentuk kekuatan 30,000 tentera. Ketika melalui Selat Messina,Hizir telah menghantar utusan kepada Gabenor Itali di Reggio Calabria yang bernama Diego Gaetani agar menyerah diri.

Sang Gabenor adalah seorang yang angkuh dan sombong dan enggan menyerah diri. Sebaliknya mereka membedil meriam kepada tentera Hizir, akibatnya 3 orang tentera syahid. Hizir mengarahkan Reggio Calabria di kepung dan dibedil. Akhirnya bandar itu jatuh ketangan tentera Islam.
Hizir dan angkatan tenteranya kemudian mendarat di pantai Campania dan Lazio yang ditawan tanpa perlawan yang sengit . Mereka terus mara ke muara Sungai Tiber. Kemaraan ini telah mengemparkan Eropah kerana disitu terletaknya Kota Rom, kota suci katolik.

Paderi Agung segera menghantar utusan kepada Raja Perancis merayu camput tangannya. Melalu campur tangan Perancis, Hizir membatalkan serangan ke atas Kota Rom. Hizir lalu berkata kepada utusan Raja Perancis.

“Jika tidak kerana Raja Perancis adalah sahabat baik kepada Sultan Sulaiman, tidak akan saya endahkan permintaaan itu. Saya telah lama bercita-cita untuk membuka Kota Rom dan menjadikan gereja terbesar di Rom sebagai masjid.Berilah peringatan kepada tentera Negara Eropah supaya tidak menyerang Negara Islam dan Umatnya. Berikan amaran juga kepada mereka untuk tidak lagi mengejek Agama Islam dan Nabi Muhammad saw yang diutus oleh Allah swt kepada manusia. Jika tidak, saya dan angkatan tentera Islam akan lembali ke sini dan membedil Kota Rom!”




Tuesday, 29 April 2014

Kemajuan Teknologi Umat Islam Di Nusantara


Foto - Tentera Kesultanan Islam Acheh yang menentang Belanda. Dapat di lihat bahawa tentera Islam di Asia Tenggara mempunyai senjata moden di era itu.

Apabila kita sebut sahaja Kesultanan Islam di Asia Tenggara perkara pertama yang akan bermain di fikiran kita adalah negara - negara Islam yang mundur pada abad ke 15 hingga abad ke 19 di mana angkatan tentera mereka hanyaberperang dengan tombak, keris, parang, busur dan panah. Inilah yang tercatat di dalam buku - buku teks sejarah di negara - negara Islam di Asia Tenggara dan juga yang di gambarkan oleh filem - filem dari Barat mahupun dari Asia Tenggara sendiri. Tetapi apabila kajian demi kajian di buat fakta - fakta menarik yang hilang atau di sembunyikan dengan sengaja telah muncul bagi membuktikan bahawa umat Islam di Asia Tenggara tidaklah selemah yang di gambarkan.



Foto -Tentera Islam Acheh yang membawa senjata moden ketika itu. Jihad tidak mengenal usia.


Foto - Meriam Lada Sicupak yang di bina oleh Kesultanan Islam Acheh.






Foto - Istinggar atau "match-locks" adalah senjata utama oleh angkatan tentera Eropah pada abad ke 15 dan juga di gunakan oleh angkatan tentera Islam Melaka ketika menentang Portugis.

Tidak dapat berpisah jatuhnya Kesultanan Islam Melaka apabila kita bercakap berkenaan Kesultanan Islam di Asia Tenggara tetapi apa yang menariknya kita hanya tahu kebenaran akan kemajuan umat Islam di Asia Tenggara kerana catatan - catatan oleh para penjajah dari Eropah ini. Di antara catatan - catatan yang menarik untuk di baca ialah catatan yang di tulis oleh seorang sejahrawan Potugis bernama João de Barros di dalam bukunya "Décadas da Ásia" (Sedekat di Asia). Catatanya berkenaan tertawannya Kesultanan Islam Melaka seperti berikut

"Kami menawan 3000 laras meriam daripada 8000 yang di miliki oleh Melaka, kata saksi Ruy de 'Arajo. Kebanyakan meriam yang di rampas mempunyai saiz yang besar dan sebuah meriam yang sangat cantik hasil kerjanya di mana ia telah di hadiahkan oleh Raja Calicut (Kerajaan Hindu di India)" :- Buku no IV, Bab 2.

Selain itu, daripada keterangan Antonio d'Abreu iaitu anak kepada ketua angkatan tentera Portugis Afonso de Albuquerque, kita dapat tahu bahawa angkatan tentera Islam Melaka juga mempunyai senjata "Match-Locks iaitu sejenis senapang yang termaju di zaman itu. Antonia d'Abreu juga menambah bahawa hasil kerja tangan di dalam pembuatan meriam oleh umat Islam di Asia Tenggara adalah sangat tinggi sehinggakan dia menyatakan pembuat meriam di Portugal pun tidak mampu menandingi kualiti pembuatan meriam umat Islam di Asia Tenggara.

Di antara teknologi senjata yang paling terkenal ciptaan umat Islam di Asia Tenggara adalah sejenis meriam mudah alih yang pertama di dunia iaitu "Lela Rentaka". Setelah menawan Malaka, Portugis medapati bahawa meriam ini adalah sangat efektif di dalam berhadapan dengan serangan musuh dan oleh sebab itu mereka telah meletakkan Lela Rentaka di atas dek - dek kapal mereka untuk menembak ke arah tentera musuh apabila kapal musuh mendekati kapal mereka. Malahan senjata ini sungguh efektif ia telah di guna pakai secara meluas di Eropah dan Amerika terutama oleh lanun - lanun. Jika kita pernah melihat filem "Pirate of Caribbean" pasti kita perasan terdapat meriam kecil yang digunakan ketika bertempur. Lela Rentaka di kenali sebagai "Swivel guns" di Eropah dan Amerika.




Foto - Lela Rentaka. Senjata yang sangat di kenali di seluruh dunia dari abad ke 16 hingga ke abad ke 19.





Selain Melaka, Kesultanan Islam di Asia Tenggara yang terkenal dengan kemajuan teknologi persenjataan adalah Kesultanan Islam Pattani di Thailand kini dan juga Kesultanan Islam Acheh di Indonesia kini. Umat Islam di Asia Tenggara mempelajari membuat meriam dan senjata - senjata moden ini daripada China dan juga Empayar Uthmaniyah. Terdapat catatan di mana meriam buatan Kesultanan Islam Pattani di bina oleh seorang Muslim berbangsa Cina yang membina meriam yang di antara tersebar dalam sejarah dan ada juga catatan Empayar Uthmaniyah telah menghantar pakar pembuat senjata ke Kesultanan Islam Acheh bagi membantu mereka membuat meriam dalam mempertahankan diri dari serangan Belanda.





Foto -Seri Pattani adalah di antara meriam terbesar yang pernah di bina di dalam sejarah. Ia di bina di Kesultanan Islam Pattani pada tahun1571 dan terdapat cacatan ia dibina oleh seorang lelaki Islam berbangsa Cina. Seri Pattani mempunyai kembar bernama Seri Nagari tetapi ia jatuh di dalam laut selepas di tawan oleh tentera Siam. Kini Seri Pattani berada di Kementerian Pertahanan Thailand di Bangkok




Foto - Meriam Singgora yang di bina oleh Kesultanan Islam Singgora (Selatan Thailand) pada tahun 1623. Kini di pamerkan di Londan, England.

Salam Ta'aruf

Salam Perkenalan

Blog ini adalah compilation maklumat sejarah ummah yang diambil dari pelbagi sumber. Bertujuan untuk membantu menyebar luaskan perkongsian kepada semua. Mudah-mudahan Allah swt menganjari kepada semua yang terlibat, khususnya kepada insan pertama  yang mencetuskan perkongsian.
                                                                        - Admin-