Mungkin ramai yang kenal Hector watak lanun sijangut merah
di dalam filem Pirates of the Caribbean. Orang Turki memanggilnya Barbaros
Hayrettin Paşa.
Nama sebenarnya adalah Hizir Bin Yakob kemudian digelar
Khairuddin Barbossa. Khairuddin adalah anugerah dari Khilafah Othmaniah
manakala Barbossa(Sijangut merah) adalah 'anugerah' dari musuhnya di Eropah.
Sedang Yakob ayah beliau itu adalah panglima kepercayaan
Sultan Muhamad Al-Fatih, di mana pemimpin dan tenteranya pernah di puji oleh
Nabi saw.
”Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik
ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”.(Riwayatnya
akan saya nyatakan di bawah)
Jadi Hizir adalah insan yang dilahirkan dan dididik oleh panglima dari sebaik-baik tentera.
Hayreddin Barbarossa, atau Barbarossa
Hayreddin Pasha (Turkish: Barbaros Hayreddin (Hayrettin) Paşa atau Hızır
Hayreddin (Hayrettin) Paşa; atau Hızır Reis .Lahir 1478 – meninggal 4 July 1546.
Ketika Kota Melaka ditawan oleh Pertugis 1511, Khairuddin
Barbarossa berserta dengan abang-abangnya sedang bergelumang dengan Jihad di
lautan Mediternian .
Encyclopaedia Britannica memperkenalkan beliau sebagai lanun
yang jahat mengapa?. Mari duduk sebentar kita kenali mujahid ini.
Kejatuhan Umat Islam di Sepanyol ,mereka dibunuh ,dihalau
dan dipaksa meninggalkan agama Islam. Tanah dan kepulauan serta misi dagang
umat Islam sering diserang oleh kuasa-kuasa eropah ketika itu.
Peperangan dan pertembungan armada Islam dan eropah bukanlah
suatu yang mudah untuk dielakkan.
Paderi Pope Paul III Berjaya membentuk angkatan Tentera
Salib yang terdiri dari Kerajaan Itali,Sepanyol,German,Republik Venice,Malta
dan lain-lain. Tentera yang besar ini akhirnya bertembung dengan tentera Laut
Islam yang dipimpin Hizir(Khairuddin Barbarossa). Maka tercetuslah Perang
Prevesa pada tahun 1538.
Sepanyol sahaja menghantar 300 buah kapal perang berserta
20,000 orang tentera. Manakala di pihak Islam,Hizir memimpin 200 buah kapal
perang yang kemudiannya di bantu lagi dengan 100buah kapal dari Istanbul
berserta 20,000 orang tentera.
Peperangan ini berakhir dengan kemenangan di pihak Islam.
Mereka Berjaya memusnahkan lebih separuh kapal perang musuh dan menawan 30
kapal yang lain. Kejayaan ini membolehkan armada tentera laut Islam berkuasa di
laut Mediterranean untuk tempoh lebih 30 tahun.
Pusat Ortodoks adalah di Constantine Eropah Timur, manakala
Katolik di Vartikan, Rom di Eropah Barat.
Sewaktu menggali parit sebagai persediaan Perang Khandak,
terdapat batu besar yang hanya mampu dipecahkan oleh Nabi saw. Pecahan itu
mengeluarkan cahaya yang diantara Nabi saw melihat pembukaan Kostantinopel ,
Rasulullah saw bersabda kepada para sabahat baginda dalam satu Hadith yang
cukup mahsyur,
“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin
yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di
bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.”
[H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]
Ada lagi hadith yang lain pula,
Dari Abu Qubail berkata: Ketika kita sedang bersama Abdullah
bin Amr bin al-Ash, dia ditanya: Kota manakah yang akan dibuka terlebih dahulu;
Konstantinopel atau Rumiyah?
Abdullah meminta kotak dengan lingkaran-lingkaran miliknya.
Kemudian dia mengeluarkan kitab. Abdullah berkata: Ketika kita sedang menulis
di sekitar Rasulullah saw, beliau ditanya: Dua kota ini manakah yang dibuka
lebih dulu: Konstantinopel atau Rumiyah/Roma?
Rasul menjawab, “Kota Heraklius dibuka lebih dahulu.” Yaitu:
Konstantinopel.
(HR. Ahmad, ad-Darimi, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Kostantinopel telah dibuka oleh Sultan Muhammad Al- Fateh
pada 1453.
Tahukah kita Khairuddin Barbarossa hampir membuka Vartican
City ? Saya sorotkan kisahnya di bawah:
Sultan Sulaiman telah mengarahkan Hizir untuk membantu
tentera Perancis menyerang Marseiles. Ketika ini Othmaniah dan Perancis
mempunyai hubungan diplomatic dan ketenteraan. Dengan kekuatan lebih 200buah
kapal berserta 14,000 tentera, Hizir segera mengemudikan armada lautnya menuju
ke bahagian barat laut Mediterranean. Mereka kemudian bersatu dengan satu lagi
angkatan laut Turki dan membentuk kekuatan 30,000 tentera. Ketika melalui Selat
Messina,Hizir telah menghantar utusan kepada Gabenor Itali di Reggio Calabria
yang bernama Diego Gaetani agar menyerah diri.
Sang Gabenor adalah seorang yang angkuh dan sombong dan
enggan menyerah diri. Sebaliknya mereka membedil meriam kepada tentera Hizir,
akibatnya 3 orang tentera syahid. Hizir mengarahkan Reggio Calabria di kepung
dan dibedil. Akhirnya bandar itu jatuh ketangan tentera Islam.
Hizir dan angkatan tenteranya kemudian mendarat di pantai
Campania dan Lazio yang ditawan tanpa perlawan yang sengit . Mereka terus mara
ke muara Sungai Tiber. Kemaraan ini telah mengemparkan Eropah kerana disitu
terletaknya Kota Rom, kota suci katolik.
Paderi Agung segera menghantar utusan kepada Raja Perancis
merayu camput tangannya. Melalu campur tangan Perancis, Hizir membatalkan
serangan ke atas Kota Rom. Hizir lalu berkata kepada utusan Raja Perancis.
“Jika tidak kerana Raja Perancis adalah sahabat baik kepada
Sultan Sulaiman, tidak akan saya endahkan permintaaan itu. Saya telah lama
bercita-cita untuk membuka Kota Rom dan menjadikan gereja terbesar di Rom
sebagai masjid.Berilah peringatan kepada tentera Negara Eropah supaya tidak
menyerang Negara Islam dan Umatnya. Berikan amaran juga kepada mereka untuk
tidak lagi mengejek Agama Islam dan Nabi Muhammad saw yang diutus oleh Allah
swt kepada manusia. Jika tidak, saya dan angkatan tentera Islam akan lembali ke
sini dan membedil Kota Rom!”
Salam. Mohon share boleh tuan?
ReplyDeleteSalam. Mohon share boleh tuan?
ReplyDelete